~Hadith QudsI~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

“Wahai anak adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira

Aku hairan kepada mereka yang yakin pada hari perhintungan tetapi ia masih mengumpulkan harta.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhdapa kubur tetapi masih tertawa.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi dia masih beristirehat.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya, tetapi dia masih tenang dengannya.

Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya.

Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.

Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.

Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi ia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan , akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia.

Ketahuilah, tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu hamba utusan-Ku”


(petikan hadith qudsi, kitab Imam al-Ghazali al-mawa’iz Fil Ahadis Al-qudsiah)

MUKADIMAH.. Awal bicara, meneroka alam..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Setiap orang islam, lelaki ataupun perempuan wajib menuntut ilmu yang bermanfaat pada diri, agama dan akidahnya tidak kira ilmu agama mahupun ilmu pengetahuan umum। Perhatikan firman Allah yang termaktub dalam al-Quran, yang berbunyi:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan..(al-‘Alaq:1-5)


Pertama sekali dalam menuntut ilmu, kita mestilah ikhlaskan niat semata-mata untuk berbakti kepada Allah dan bukannya bertujuan untuk mendapatkan pekerjaan, kemegahan ataupun kawan yang ramai.
Selain itu harus diinsafi bahawa ilmu yang kita perolehi bukanlah kerana kepandaian ataupun kecerdasan otak kita semata-mata, tetapi ia adalah kurniaan Allah. Allah telah menjelaskannya dalam firmannya yang berbunyi:


قَالَ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِندَ اللَّهِ

Ia berkata: "Sesungguhnya pengetahuan (tentang itu) hanya pada sisi Allah..(al-Ahqaf:23)

Alangkah bahagianya jika kita dapat mengetahui akan kelebihan-kelebihan yang Allah kurniakan kepada orang-orang yang berilmu. Keaadan ini telah diterangkan dalam firmanNya yang berbunyi:


يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat..(al-Mujadalah:11)


Rasulullah S.A.W juga ada menyebut balasan yang akan diperolehi oleh orang-orang yang menuntut ilmu dalam sabda baginda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
(Diriwayatkan oleh Muslim)


Namun begitu, kita juga hendaklah mengetahui kepentingan ilmu dalam kehidupan kita. Seperti mana dalam kisah pelantikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini memperlihatkan bertapa pentingnya ilmu pengetahuan dan menjadi titik tolak perbezaan antara manusia dan Malaikat sebagai pemakmur Bumi Allah..


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
وَعَلَّمَ آدَمَ الأَسْمَاء كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلاَئِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاء هَـؤُلاء إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
قَالُواْ سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
قَالَ يَا آدَمُ أَنبِئْهُم بِأَسْمَآئِهِمْ فَلَمَّا أَنبَأَهُمْ بِأَسْمَآئِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُواْ لآدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"
Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ."
Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan ?"
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.


Dalam ayat yang lain, Allah memperlihatkan kepada kita kepentingan ilmu pengetahuan sepertimana firmanNya yang berbunyi:


أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاء اللَّيْلِ سَاجِداً وَقَائِماً يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ


(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.. (az-Zumar:9)


وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ


Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama . Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.. (al-Fathir:28)


وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Tidak sepatutnya bagi mu'minin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya..(at-Taubah:122)


Islam tidak membezakan antara ilmu agama dengan ilmu pengetahuan yang lain kerana kedua-dua ilmu sangat penting dan menjadi tanda kebesaran Allah S.W.T..


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal..(Ali-Imran:190)


Kepentingan ilmu pengetahuan tidak berakhir di sini. Sayyidina Ali ibn Talib ada menyebut 10 keutamaan ilmu daripada harta yang bermaksud:

1. Ilmu adalah pusaka Nabi, sedangkan harta adalah pusaka Qarun, Syidan dan Fir’aun.

2. Orang berilmu ramai kawannya, sedangkan orang yang berharta ramai musuhnya.

3. Ilmu itu boleh memelihara pemiliknya tetapi harta pemiliknya yang harus memeliharanya.

4. Harta itu jika diberi akan menjadi kurang, sebaliknya ilmu jika engkau berikan ia akan bertambah.

5. Pemilik harta biasanya digelari dengan bakhil (kedekut), tetapi pemilik ilmu biasanya digelari dengan karim(mulia).

6. Ilmu lebih utama daripada harta kerana harta harus dijaga dari pencuri sedangkan ilmu tidak.

7. Ilmu lebih utama daripada harta kerana di Akhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan pemilik ilmu akan memperolehi syafa’at.

8. Harta akan hancur kerana ditimbun zaman, tetapi ilmu tidak akan rosak dan musnah walaupun ditimbuni zaman.

9. Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedangkan ilmu membuat hati seseorang itu bercahaya.

10. Pemilik harta boleh mengaku menjadi Tuhan akibat harta yang dimilikinya sedangkan orang yang berilmu mengaku sebagai hamba kerana ilmunya.


Syaikh Ibnu ‘Athaillah juga ada menyebut:

“jika ilmu itu disertai dengan rasa takut (kepada Allah), maka itulah ilmu yang menguntungkan. Jika tidak, maka celakalah bagimu..”