Mengingati Allah Ta’ala itu WAJIB..

Bismillah





"Ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingati kamu" (al-baqarah:152)

 Berkata Thabit al-Bunani rahimahullah: Sesungguhnya aku mengetahui bila Allah ‘Azzawajalla akan mengingatiku. 
Orang ramai bertanya dengan hairannya: Bagaimana kamu tahu semua itu? 
Jawabnya: Jika aku mengingatiNya Dia akan mengingatiku.

"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya. (Perbanyakkanlah mengingati Allah)." (al-ahzab:41)

"Apabila kamu bertolak balik dari padang Arafah, hendaklah ingat akan Allah di Masy'aril Haram(nama bukit). Dan ingatlah akan Allah sebagaimana Dia menunjuki kamu. Sesungguhnya kamu sebelumnya termasuk orang-orang yang sesat." (al-baqarah:198)

"Maka apabila kamu telah selesai menunaikan amalan haji, ingatlah akan Allah seperti kamu mengingati bapa-bapamu malah lebihkan lagi mengingatiNya." (al-baqarah:200)

~Hendaklah selalu mengingati Allah~


"Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring." (ali-imran:191)


Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, hendaklah kamu ingat akan Allah waktu berdiri dan duduk dan berbaring  (an-nisa’:103)

Allah Ta’ala juga mencela orang munafiq iaitu:


"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah sedang Allah menipu mereka itu (membalas tipuan mereka itu). Apabila mereka berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas serta riya' terhadap manusia dan mereka tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali." (an-nisa’:142)

Allah ‘Azzawajalla juga menyuruh kita menghormatiNya dalam firmanNya yang lain.


"Dan ingatlah Tuhanmu di dalam hatimu serta merendahkan diri dan takut, dan bukan dengan suara yang keras, ketika pagi dan petang dan jangan kamu termasuk orang-orang yang lalai." (al-a’raf:205)

Sebagaimana mana Allah memberi tahu kita juga, 
"Sesungguhnya mengingati Allah lebih besar (faedahnya)."  (al-ankabut:45)

“Orang yang menyebut Allah sedang dia lalai sama seperti pohon yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering”

Dalam hadith qudsi, Allah telah berfirman:
“Aku sentiasa dengan hambaKu setiap kali dia mengingatiKu dan bergerak-gerak kedua bibirnya menyebut namaku”
“Jika hambaKu mengingatiKu dalam dirinya, Aku pasti mengingatinya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu di hadapan khalayak ramai, Aku akan menyebut namanya dihadapan khalayak yang lebih mulia daripada khalayaknya. Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta, jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang berjalan kepadaKu, Aku akan berlari kepadaNya. Yakni segera menyahut segala permintaannya”

Sabda Nabi s.a.w lagi:
“Tujuh manusia yang akan dinaungi Allah ‘Azzawajalla di hari tiada naungan melainkan naunganNya. Diantara yang tujuh itu ialah orang yang sentiasa menyebut-nyebut nama Allah, bersendirian, lalu mengalir air matanya kerana takut kepada Allah”

Berkata Mu’az bin Jabal r.a:
Penghuni syurga tidak akan meyesal apa pun lagi kecuali pada saat-saat yang berlalu di dunia di mana dia tiada menyebut nama Allah s.w.t

Bersabda Rasulullah s.a.w:
Tiada suatu kaum yang duduk-duduk di majlis di mana mereka menyebut-nyebut nama Allah ‘Azzawajalla melainkan akan dinaungi malaikat, dikelubungi oleh rahmat dan disebutkan mereka oleh Allah Ta’ala kepada sesiapa yang ada disisiNya

~Warisan Rasulullah yang dibahagi~ 
Daripada Abu Hurairah r.a pada suatu hari dia memasuki pasar seraya berkata:Kenapa aku masih mendapati kamu di sini, sedangkan warisan Rasulullah dibahagi-bahagikan di masjid. Orang ramai ribut apabila mendengar berita itu dari Abu hurairah, lalu mereka beramai-ramai ke masjid dan meninggalkan kerja di pasar. Apabila mereka tiba di masjid, mereka tiada mendapati apa-apa disiti, lalu mereka berkata: Hai Abu Hurairah! kami tidak mendapati warisan yang engkau katakan itu sedang dibahagi-bahagikan di masjid. Tanya Abu Hurairah: Apa yang engkau dapati di sana? Jawab mereka: Kami dapati orang orang ramai sedang duduk berzikir kepada Allah Ta'ala, dan ada pula yang sedang membaca Al-Quran. Berkata Abu Hurairah lagi: Bodoh kamu, bukankah itu warisan Rasullah s.a.w 



"Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan segala pujian dan Dia adalah berkuasa atas segala sesuatu." 

Wallahu'alam..

Intipati Ibadah Yang Berkesan

 Bismillah

Al-Hubbu war Redho
(rasa cinta & berserah diri)
Al-Khaufu war Raja'
(rasa takut & mengharap)

Al-ihsan wal Muraqabah
(ikhlas & berhati-hati)

As-Sakinah wal Mutmainnah
(ketenangan)


Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam (al-An'am)

wallahu'alam

MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Bismillah



Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
(Riwayat Tirmizi)

Keterangan:
 
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa. 

Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

~40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN~

.::TARBIYYAH::.

Bismillah


Abg Syed : Na, apa itu tarbiyyah?

Adik Na : Tarbiyyah?!
Satu proses atau didikan untuk membentuk individu muslim..(masih berfikir)

Abg Syed : Oo..Kalau abg Syed, ianya 
satu proses untuk memenangkan IMAN daripada NAFSU..

Adik Na : Oo..mantap2..(masih lagi berfikir)..hehe


Walaupun simple, terkandung 1001 makna..

Wallahu'alam

Detik Kejatuhan Khilafah (Luka Pedih Umat yang Kebas!! )

Bismillah


Luka pedih umat yang kebas. Umat menderita kerana hilangnya tonggak penyatu kerajaan, wakil kesatuan kekuatan. Malang itu bertimpa-timpa dan luka itu semakin parah. Bukan sahaja tidak diubati malah makin melebar. Bertambah pedih hakikat apabila luka pedih itu terasa kebas oleh ummatal Quran, umat Islam yang tidak terasa apa-apa apabila mercu lambang Islam itu ranap dimamah musuh-musuh Islam, tidak kira Yahudi mahupun munafik. Luka itu terasa lagi kebasnya apabila tubuh itu diratah tapi tuannya masih lagi bergembira!
Luka dibadan yang disuntik dengan pelali hedonisme dan kejahilan, racun syirik dan taklid, sedangkan penawar ada di rak-rak rumah. Ayuh bangkitlah umatku! Masukkan perhiasan ayat-ayat itu dalam jiwamu!

3 Mac 1924 – Khilafah dihancurkan, umat Islam menderita kerana tiada Khilafah. Pada tarikh inilah Khilafah (sistem pemerintahan (Islam) secara rasmi telah dihapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki. Mustafa Kamal, agen Britain, telah bertindak menghapuskan Khilafah sesuai dengan arahan (instruksi) yang telah diberikan oleh negara-negara Barat kepadanya. Khilafah inilah yang telah menyatukan umat Islam seluruh dunia dari berbagai bangsa dan berlainan kedudukan geografi dalam sebuah negara, seorang pemimpin, sebuah bendera dan satu undang-undang.

Malangnya negara-negara Barat telah menanamkan ideologi Barat seperti demokrasi, liberalisme, komunisme dan sosialisme sehingga mengakibatkan umat Islam meninggalkan Islam. Mereka juga menanam semangat nasionalisme yang mengakibatkan umat Islam berpecah kepada lebih dari 50 buah negara yang kita saksikan sehingga hari ini. Tidak ada kepimpinan alternatif pada hari ini walaupun beberapa buah negara mendakwa bahwa mereka adalah negara Islam seperti Sudan, Iran, Arab Saudi dan Afghanistan. Negara-negara tersebut mencampurkan Islam dengan sistems-sistem lain tetapi malangnya mengaku mereka melaksanakan Islam dengan sempurna. Janganlah umat Islam patah semangat. Ingatlah Allah SWT akan membantu mereka yang mengikut perintahNya sebagaimana yang telah Allah SWT janjikan dalam Quran. Rasulullah SAW juga telah berjanji bahwa Khilafah akan muncul semula menyelamatkan umat Islam dari masalah yang mereka hadapi hari ini.

Khilafah

Khilafah adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syari’at Islam dan mengembang da’wah ke segenap penjuru dunia. Kata lain dari Khilafah adalah Imamah. Imamah dan Khilafah mempunyai erti yang sama. Banyak hadits sahih yang menunjukkan bahwa dua kata itu memiliki konotasi yang sama. Bahkan tidak ada satu nas pun, baik dalam Al-Quran maupun Al-Hadits yang menyebutkan kedua istilah itu dengan makna yang saling bertentangan antara satu dengan yang lainnya. Kaum muslimin tidak harus terikat dengan salah satu dari keduanya, apakah istilah khilafah atau pun imamah. Sebab yang menjadi pegangan dalam hal ini adalah makna yang ditunjukkan oleh kedua istilah itu.

Menegakkan khilafah hukumnya fardu (wajib) bagi seluruh kaum muslimin. Sebagaimana telah dimaklumi bahwa melaksanakan suatu kewajipan yang telah dibebankan oleh Allah SWT kepada kaum muslimin adalah suatu keharusan yang menuntut pelaksanaan tanpa tawar menawar lagi dan tidak pula ada kompromi. Demikianlah adanya dengan kewajipan menegakkan khilafah. Melalaikannya bererti merupakan salah satu perbuatan maksiat terbesar dan Allah akan mengazab para pelakunya dengan siksaan yang sangat pedih. Dalil-dalil mengenai kewajipan menegakkan khilafah bagi seluruh kaum muslimin termaktub dalam Quran, Sunnah dan Ijma’ As-Sahabat.

Dalam Quran, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW agar menegakkan hukum di antara kaum muslimin dengan hukum yang telah diturunkanNya. Dan perintah itu dalam bentuk yang tegas (pasti). Allah SWT berfirman,

"Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran" (al-Maidah, 48)

"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu." (Al-Maidah, 49)

Firman Allah SWT yang ditujukan kepada RasulNya juga merupakan seruan untuk ummatnya, selama tidak ada dalil yang menunjukkan bahwa firman itu dikhususkan untuk Baginda. Sementara pada ayat ini tidak ditemukan dalil yang mengkhususkannya kepada Nabi, sehingga menjadi seruan yang juga ditujukan kepada kaum muslimin untuk mewujudkan pemerintahan. Tidak ada erti lain dalam mengangkat khilafah kecuali mewujudkan pemerintahan.

Sambungan dari buku yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Ismail, seorang ulamak Timur Tengah
(1) Kewajipan mendirikan sistem pemerintahan Islam.
(2) Adalah berdosa jika tidak berusaha menegakkan Negara Islam.
(3) Khalifah (Imam) adalah pelindung bagi umat Islam

Allah SWT juga memerintahkan agar kaum muslimin mentaati ‘Ulil Amri’ iaitu penguasa. Perintah ini juga termasuk di antara yang menunjukkan kewajiban adanya penguasa atas kaum muslimin. Allah SWT berfirman,

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu"  (An-Nisa, 59)

Tentu saja Allah SWT tidak memerintahkan kaum muslimin untuk mentaati seseorang yang tidak berwujud. Sehingga menjadi jelas bahwa mewujudkan ulil amri adalah suatu yang wajib. Tatkala Allah memberi perintah untuk mentaati ulil amri, bererti pula perintah untuk mewujudkannya. Adanya ulil amri menyebabkan terlaksananya kewajiban menegakkan hukum syara’, sedangkan mengabaikan terwujudnya ulil amri menyebabkan tersia-sianya hukum syara’. Jadi mewujudkan ulil amri itu adalah wajib, kerana kalau tidak diwujudkan akan menyebabkan terlanggarnya perkara yang haram iaitu mensia-siakan hukum syara’.

Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadits yang diriwayatkan oleh Nafi’ yang berkata: Umar radiyallahu ‘anhu telah berkata kepadaku: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Siapa saja yang melepas tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya ia akan berjumpa Allah di hari kiamat tanpa memiliki hujjah. Dan siapa saja yang mati sedangkan di pundaknya (lehernya) tidak ada bai’at (oath of allegiance, ketaatan kepada Khalifah), maka matinya adalah seperti mati jahiliyah."

Nabi SAW mewajibkan adanya bai’at pada pundak setiap muslim dan mensifati orang yang mati dalam keadaan tidak berbai’at seperti matinya orang-orang jahiliyah. Padahal bai’at hanya dapat diberikan kepada Khalifah bukan kepada yang lain. Rasulullah SAW telah mewajibkan atas setiap muslim agar di pundaknya selalu ada bai’at kepada seorang Khalifah, namun tidak mewajibkan setiap muslim untuk melakukan proses bai’at kepada Khalifah secara langsung. Yang wajib adalah adanya bai’at pada pundak setiap muslim, iaitu adanya seorang Khalifah yang mempunyai hak bai’at dari setiap muslim.

Jadi keberadaan (kewujudan) Khalifahlah yang akan memenuhi tuntutan hukum adanya bai’at di atas pundak setiap muslim. Oleh kerana itu, hadits di atas adalah dalil kewajipan mengangkat seorang Khalifah dan bukan merupakan dalil kewajipan mengangkat berbai’at. Sebab, dalam hadits tersebut yang dicela oleh Rasulullah SAW adalah keadaan tidak adanya bai’at pada pundak setiap muslim hingga ia mati, bukan kerana tidak melaksanakan bai’at.

Imam Muslim telah meriwayatkan dari Al-A’raj dari Abi Hurairah dari Nabi SAW bersabda,
"Sesungguhnya seorang Imam (Khalifah) adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung (bagi dirinya)."

Imam Muslim juga meriwayatkan dari Abi Hazim yang berkata, 'Aku telah mengikuti majlis Abi Hurairah selama 5 tahun. Pernah aku mendengarnya menyampaikan hadis dari Rasulullah SAW yang bersabda,
"Dahulu, Bani Israil selalu dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seorang Nabi meninggal, digantikan oleh Nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada Nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak Khalifah". Para sahabat bertanya, "Apakah yang engkau perintahkan kepada kami". Baginda menjawab, "Penuhilah bai’at yang pertama, dan yang pertama itu saja. Berikanlah kepada mereka hanya kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka’.

Dari Ibnu Abbas dari Rasulullah SAW bersabda,
"Siapa saja yang membenci sesuatu dari amirnya hendaknya ia tetap bersabar. Sebab, siapa saja yang keluar (memberontak) dari penguasa sejengkal saja kemudian mati dalam keadaan demikian, maka matinya adalah seperti mati jahiliyah."

Hadis-hadis ini di antaranya merupakan pemberitahuan (ikhbar) dari Rasulullah SAW bahawa akan ada penguasa-penguasa yang memerintah kaum muslimin, dan bahawa seorang Khalifah adalah laksana perisai.
Pernyataan Rasulullah SAW bahwa seorang imam itu laksana perisai menunjukkan pemberitahuan tentang adanya makna functional dari keberadaan (kewujudan) seorang Imam (Khalifah) dan ini merupakan suatu tuntutan. Sebab, setiap pemberitahuan yang berasal dari Allah dan RasulNya, apabila mengandungi celaan (adz dzamm) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk meninggalkan atau merupakan larangan; dan apabila mengandung pujian (al mad-hu) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk melakukan perbuatan. Dan kalau pelaksanaan perbuatan yang dituntut itu menyebabkan tegaknya hukum syara’ atau jika ditinggalkan mengakibatkan terbengkalainya hukum syara’, maka tuntutan untuk melaksanakan perbuatan itu bererti sifat tegas.

Wallahu'alam..

(Petikan & ubahusai dari http://dakwah.info/)

Mahasiswa Islam bersedia menghadapi cabaran!!


Bismillah


 "Aku berwasiat kepada kamu untuk memelihara golongan syabab (pemuda) kerana sesungguhnya mereka mempunyai hati yang lembut (mudah menerima seruan Islam). Tatkala aku dibangkitkan oleh Allah S.W.T dengan Islam, maka golongan syabab menolong aku, sedangkan golongan syuyukh (tua) menentang aku." -hadith

1) Apakah yang dimaksudkan dengan mahasiswa islam? 

~generasi muda yang menuntut di menara gading yang beridentitikan "insan agama, insan akademik, insan sosial dan insan mandiri (berdikari) "

~mempunyai pegangan agama yang baik, bersosial (terlibat dengan masyarak-turut merasai jerih perih masyarakat)

~mempunyai banyak peranan


# Golongan mahasiswa merupakan penggerak komunis di China yang menggulingkan Maharajanya. Ia masih bertahan sehingga sekarang walaupun Soviet Union telah pun runtuh.


2) Peranan dan tanggungjawab mahasiswa Islam.
  
 a) Menjadi generasi pewaris : Iaitu generasi yang meneruskan nilai-nilai murni yang ada pada sesuatu kaum sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 21 surah at-Thur.
"Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya"

b) Menjadi generasi pengganti : Iaitu generasi yang menggantikan kaum yang telah rosak dengan nilai yang lebih baik seperti mencintai Allah, lemah lembut kepada orang Islam, tegas terhadap orang bukan Islam dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 54 surah al-Maidah.
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya "

c) Menjadi generasi perubah : Iaitu generasi yang memperbaiki dan memperbaharui kecacatan yang ada pada sesuatu kaum sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 42 surah Maryam
"Ketika ia berkata kepada bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?"

3) Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa Islam?

~ Ilmu (intelektual) - banyakkan membaca
~Idealisme (hamasah) - semangat pemuda perlu dikawal
"Dua perkara yang perlu ada pada mahsiswa islam iaitu semangat pemuda dan pengalaman orang tua"

a) Cabaran dalaman iaitu cabaran IMAN

"Orang yang alim itu perlu mendepani masyarakat yang rosak"

b) Cabaran luaran iaitu 4S

~Shock (culture)
~Shock (language)
~Syok sendiri
~Skill

4) Persiapan & bekalan untuk menghadapi cabaran..

a) Persiapan IMAN ~ yang mencorakkan cara hidup
                               ~ supaya hidup lebih terarah

Berkata seorang 'alim ulama:

"Aku meninggalkan 9/10 daripada benda yang halal kerana takut kepada dosa"

b) Persiapan ILMU

"Ilmu itu didapati dengan belajar dan kefaqihan itu dengan cara mendalaminya"

c) AMAL (Latihan)

~ Mahasiswa Islam tidak seharusnya menumpukan kepada kuliah, kafe dan kediaman (3K) sahaja. Sebaliknya, perlulah bergiat aktif dalam persatuan kerana latihan untuk meningkatkan kualiti diri tidak disediakan dimedan kuliah sahaja. Mahasiswa Islam perlu 'proactive' dan bukannya 'reactive'

d) Bersabar dalam mempelajari, beramal dan meyebarkan kepada orang lain.

~Ilmu, Latihan & Pengalaman~

5) Sekadar tambahan..

"Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, tentu engkau akan banyak menangis dan sedikit ketawa" al-hadith

"Seluruh ummatku akan dijanjikan dengan syurga kecuali orang yang tidak mahu" al-hadith

Siapakah orang yang mahu itu?
~Orang yang mengikut sunnah Nabi..
Siapakah orang yang tidak mahu itu?
~Orang yang menolak sunnah Nabi..

"Hidupkan sunnah nabi ketika orang lain melupakannya"
1 sunnah ~ diibaratkan seperti 10 orang mati syahid
                         ~100 orang mati syahid (dalam riwayat yang lain)

"Dirikan islam dalam diri kamu nescaya akan terdirinya islam di negara kamu"

~Thaqafah itu KUASA~

"Aku tidak akan melakukan suatu perkara pun melainkan aku sudah sediakan jawapan dihadapan Allah"

Renung-renungkanlah.. Wallahu'alam

Permata kata dari Ustaz Fatah, Ustaz Hafiz & Ustaz Syed Riduan..
(KIAS: Forum, 15/06/2010)

Aku, BUKU DAN CINTA..


Bismillah

      Ibnu 'Aqil menceritakan tentang dirinya: "aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak. Aku rela tidak makan roti dan hanya memakan manisan dengan secawan air, kerana jika aku makan roti, maka banyaklah masaku yang terbuang."

      Sayangnya pada zaman sekarang ini masyarakat kita nampaknya lebih gemar sibuk mengurus hartanya daripada ilmu. Jangankan suatu hari, satu jam, rasanya berat bagi mereka untuk meluangkan waktu menuntut ilmu. Pada zaman sekarang, seseorang akan lebih dihormati ketika dia mempunyai banyak harta benda. Ini merupakan keadaan yang membuatkan muka kita berkerut sedih.

      Kita adalah umat 'iqra' dan semestinya kita menjadi bangsa yang rajin membaca bagi meraih kejayaan dalam segala aspek kehidupan di dunia ini.
Buku ini mencerikan kepada kita bagaimana kisah-kisah ilmuwan dan tokoh muslim memperoleh kejayaan dan menghasilkan karya-karya agung lantaran mereka rajin membaca.Dengan membaca buku ini diharapkan kita lebih terdorong dan termotivasi untuk lebih banyak membaca.


Selamat membaca!

Dahulukan Ilmu Fardhu ‘Ain dalam Mencari Ilmu

 Bismillah

Banyak orang Islam lalai. Berlumba-lumba mencari ilmu yang tidak wajib, tapi tetapi lalai dengan yang wajib (fardhu ‘ain)

Hidayatullah.com--“Mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim, dan orang yang meletakkan ilmu pada selain yang ahlinya bagaikan menggantungkan permata mutiara dan emas pada babi hutan,” ucap Rasulullah saw sebagai disampaikan dalam HR. Ibnu Majah.

Dalam sebah hadits lain, Rasulullah bersabda. “Barangsiapa yang kedatangan ajal, sedang ia masih menuntut ilmu, maka ia akan bertemu dengan Allah di mana tidak ada jarak antara dia dan antara para nabi kecuali satu derajat kenabian.” (HR. Thabrani).

Mencari ilmu adalah amal yang mulia dan terpuji dalam Islam. Sebab dengan ilmu-lah seseorang dapat menghindari larangan Allah, menjalankan perintah-Nya dan mengetahui mana yang haq dan mana yang bathil. Karena itulah, dalam banyak hadits disebutkan, para malaikat selalu melindungi orang-orang yang sedang menuntut ilmu. Dan kelak di hadapan Allah mereka mendapat kemuliaan yang hanya terpaut satu derajat dengan para nabi.

Mencari ilmu merupakan kewajiban bagi setiap Muslim. Akan tetapi, akhlaq mencari ilmu kaum Muslim berbeda dengan kaum yang lain. Orang mukmin, perlu mengetahui adab-adabnya, sehingga ilmu yang diperoleh berbarakah dan mendapatkan ridha dari Allah Ta’ala. Berikut, beberapa adab yang perlu diperhatikan oleh para penuntut ilmu.

1. Ikhlas

Sabda Rasulullah Shallallah Alaiahi Wasallam (SAW),”Sesungguhnya segala perbuatan itu tergantung niatnya…” (Riwayat Bukhari). Imam Nawawi menyatakan bahwa para ulama memiliki kebiasaan menulis hadits tersebut di awal pembahasan, guna mengingatkan para pencari ilmu agar meluruskan niat mereka sebelum menelaah kitab tersebut.

2. Mengutamakan Ilmu wajib, baru ilmu lain

Handaknya penuntut ilmu mengutamakan ilmu yang hukumnya fardhu ain (wajib yang tidak boleh diganti orang lain) untuk dipelajari terlebih dahulu, khususnya masalah agama. Semisal masalah akidah, halal-haram, kewajiban yang dibebankan kepada muslim, maupun larangannya. Sebab itulah, orang tua harus mengajarkan hal itu kepada anak mereka, hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala, yang artinya,”Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (At Tahrim [66]:6 ).

Setelah mempelajari ilmu yang hukumnya fardhu ain, boleh mempelajari ilmu-ilmu yang fardhu kifayah, seperti mengahafal Al Qur`an dan Hadits, nahwu, ushul fikih dan lainnya. Selanjutnya ilmu-ilmu yang bersifat sunnah, seperti penguasaan salah satu cabang ilmu secara mendalam.

3. Meninggalkan Ilmu yang Tidak Bermanfaat

Tidak semua ilmu boleh dipelajari, karena ada ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat, atau bahkan ilmu yang boleh menjerumuskan orang yang mempelajarinya kepada keburukan. Oleh sebab itu, dilarang bagi seorang Muslim mempelajari sihir, karena bisa menjadi jalan menuju kekufuran. Firman Allah, yang maknanya, “Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman, padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut...” (Al Baqarah [2]: 102).

4. Menghormati Ulama dan Guru

Rasulullah (SAW) bersabda,”Barang siapa menyakiti waliku, maka Aku telah mengumandangkan perang kepadanya.” (Riwayat Bukhari). Imam As Syafi’i dan Abu Hanifah pernah mengatakan,”Jika para fuqaha bukan wali Allah, maka Allah tidak memiliki wali.” Begitulah akhlaq mulia Islam menghormati guru-guru kita.

5. Tidak Malu dalam Menuntut Ilmu

Sifat malu dan gengsi, boleh menjadi penghalang seseorang untuk memperoleh ilmu. Oleh karena itu, para ulama menasihati agar kedua sifat itu ditanggalkan, hingga pengetahuan yang bermanfaat boleh didapat. Aisyah (RA) pernah mengatakan dalam As Shahih,”Sebaik-baik wanita adalah wanita Anshar, rasa malu tidak menghalangi mereka mencari ilmu.”

6. Memanfaatkan Waktu dengan Baik

Hendaknya pencari ilmu tidak mensia-siakan waktu, hingga terlewatkan kesempatan belajar.Ulama besar seperti Imam Bukhari, boleh dijadikan contoh tauladan dalam hal ini. Diriwayatkan bahwa beliau menyalakan lentera lebih dari 20 kali dalam semalam, untuk menyalin hadits yang telah beliau peroleh. Ertinya, beliau amat menghargai waktu, malam hari pun tidak beliau lewatkan, kecuali untuk menimba ilmu.

7. Bermujahadah dalam Mencari Ilmu

Para ulama terdahulu, tidaklah berantai-santai dalam mencari ilmu, sebab itulah, saat ini kita boleh memanfaatkan karya-karya mereka yang amat berbobot. Tentu, kalau kita menginginkan memiliki ilmu sebagaimana ilmu yang mereka miliki, maka kita juga harus bersungguh-sungguh, seperti kesungguhan yang telah mereka lakukan.

Ada yang mengatakan kepada Imam Ahmad, saat beliau terlihat tidak kenal lelah dalam mencari ilmu,”Apakah engkau tidak beristirahat?”. Apa jawab Imam Ahmad? Beliau hanya mengatakan,”Istirahat hanya di Surga.”

8. Menjaga Ilmu dengan Menghindari Maksiat

Bagi para pencari ilmu, nasihat Imam Al Waqi’ kepada Imam As Syafi’i mengenai sulitnya menghafal, amatlah berharga. Imam Waqi’ menjelaskan bahwa ilmu adalah cahaya dari Allah, sehingga tidak akan pernah bersatu dengan jiwa yang suka bermaksiat.

9. Mengamalkan Apa yang Telah Diketahui

Karena ilmu dipelajari untuk diamalkan, maka pencari ilmu hendaknya bersegera mengamalkan apa yang telah ia ketahui dan pahami, jika itu berkenaan amalan-amalan yang boleh segera dikerjakan. Ali bin Abi Thalib mengatakan,”Wahai pembawa ilmu, beramallah dengan ilmu itu, barang siapa yang sesuai antara ilmu dan amalannya maka mereka akan selalu lurus.” (Riwayat Ad Darimi).


Fadhilah Ilmu

Itulah rahasia yang telah diberikan Allah atas orang-orang yang berilmu. Dalam sebuah cerita dikisahkan, suatu hari Rasulullah Saw datang ke masjid. Di muka pintu masjid itu beliau melihat setan yang ragu-ragu akan masuk. Lalu beliau menegurnya, “Hai setan, apa yang sedang kamu kerjakan di sini ?” Maka setan menjawab, “Saya akan masuk masjid untuk menggaggu orang yang sedang sholat. Tetapi aku takut kepada orang lelaki yang sedang tidur.” Segera baliau menjawab, “Hai Iblis, mengapa kamu tidak takut kepada orang yang sedang sholat menghadap Tuhannya, tetapi justru takut kepada orang yang sedang tidur ?.” Setan menjawab, “Betul, sebab orang yang sedang solat itu bodoh sehingga mengganggunya lebih mudah. Sebaliknya orang yang sedang tidur itu adalah orang ‘alim, hingga saya kuatir seandainya saya ganggu orang yang sedang solat itu, maka orang ‘alim itu terbangun dan segera membetulkan solatnya.” Sebab peristiwa itu maka Rasulullah Saw bersabda, “Tidurnya orang ‘alim lebih baik dari pada ibadahnya orang bodoh.”

Dalam sebuah hadits lain, Nabi bersabda, "Duduk di sisi 'Ulama selama satu jam lebih kugemari, dibanding ibadah selama 1000 tahun."

Nabi Muhammad S.A.W juga pernah bersabda dalam haditsnya, “Memandang wajah seorang 'alim adalah ibadah."
[www.hidayatullah.com]

~KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM~

Bismillah

Kata-kata ini adalah hasil dari ceramah ABUL A’LA AL-MAUDUDI yang disampaikan di Makkah pada musim Haji tahun 1381H (Mei 1962) yang kemudiannya dibukukan dalam bahasa
Arab dengan tajuknya “ واجب الشباب المسلم اليوم ” - Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini. Semoga bermanfaat..

1. Pertama kali saya harus memperkenalkan hakikat Islam dengan secara terperinci, agar anda semua benar-benar menjadi muslim, baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun dari segi fikiran. Juga agar anda benar-benar menjadi muslim dari segi hati dan perasaan, supaya anda mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam

kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..


2. Anda semua mesti segera memperbetulkan budi pekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga anda dapat memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuk nenek kita telah memperlihatkannya pada masa lampau. Hendaklah anda semua mengetahui bahawa percanggahan antara perkataan dengan amalan

itu akan menuumbuhkan bibit-bibit nifaq dalam jiwa. Ia akan menghilangkan kepercayaan. Sesungguhnya kejayaan akan bergantung kepada kejujuran dan niat anda, benar di dalam keazaman dan keselarasan di antara amalan anda dengan perkataan anda. Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan

besar terhadap dakwahnya.


Firman Allah :


A002
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (As-Saff 61:2)

A003
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Saff 61:3)


3. Janganlah anda merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang anda mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada anda untuk berdakwah. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan. Hendaklah anda mengkaji asas-asas tamaddun barat dan mengkritik serta membezakan di antara asas yang silap dengan yang betul. Anda perlu dapat membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat. Anda hendaklah mampu menghancurkan berhala-berhala dan teori-teori barat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islam sejak zaman berzaman. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut yang lain pula hendaklah anda bertugas menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang bersangkutan dengan kehidupan manusia dengan cara-cara yang paling munasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik dan meyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betul dan baik. Anda hendaklah mampu meyakinkan mereka bahawa jika mereka mengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malah mereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan.


Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja anda dan makin betul dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup. Dan tugas anda ini hendaklah diteruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di mana

akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah. Kumpulan ini sangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiang seri yang berlandaskan Islam. Termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup. Jika di takdirkan perkara itu

berhasil juga dengan tiada persiapan yang cukup lengkap maka perkara itu tidak akan tahan lama dan terasnya tidak akan bertapak kukuh di bumi.


4. Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Hendaklah anda menyusun orang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat, yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah

barisan anda. Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yang

telah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin, kukuh dan segala gerak kerjanya di tolak oleh perasaan taat dan patuh, maka itu adalah pekerjaan yang cacat tidak akan membuahkan natijah. Ini telah dibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas. Orang yang berpengalaman sahaja dapat menjelaskan kepada anda.


5. Begitu juga anda mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orang-orang awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Anda jadikanlah mereka itu terang benderang mengenai agama mereka, sehingga mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik. Demikian juga anda mesti bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka, meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi, seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela di negeri-negari Islam, dengan dibantu dan dokongan dari kerajaan yang telahrosak.


Ini adalah penting kerana :

-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,

-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orangorang fasik. Sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar dan sistem kafir maka sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem Islam.


6. Jangan anda cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang. Anda mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yang mahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaiki nilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia dan mengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama. Kerja-kerja yang baik seperti ini memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.


Anda pasti menghayung langkah kedepan dan tiap langkah mesti berwaspada, bijaksana dan berhati-hati. Dan jangan anda terlalu cepat menghayung langkah baru sebelum anda mengulangi hasil langkahan anda dahulu serta menganalisa natijahnya : Adakah langkahan itu berjalan di atas jalan yang telah digariskan, adakah ia memberi natijah yang diharapkan. Antara hakikat yang mesti diterima ialah gopoh gapah itu adalah suatu perkara

yang tidak selamat akibatnya.


Contohnya - kita menyertai di dalam suatu kementerian yang tidak betul dan tidak beriman dengan dengan dasar-dasar kita - Harapan kita menyertai di dalam kementerian itu akan memberi suatu langkah yang boleh mendekati kepada tujuan-tujuan kita. Tetapi itu adalah perkara yang salah kerana pengalaman lalu membuktikan bahawa usaha yang seumpama ini tidak akan membuahkan natijah yang baik, kerana orang yang memegang teraju pemerintahan, merekalah yang menetapkan polisi pemerintahan dalam dan luar negerinya dan menyelenggarakan polisi pemerintahan itu berdasarkan kepentingan dan nafsu mereka. Penyertaan kita bersama mereka dengan membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Ini memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut sesuka hati mereka.

Wallahu'alam..

~SEMUANYA ILMU ALLAH~


Bismillah

"Nanti nak masuk pondok, boleh hafal quran.." semakin teguh ku sematkan cita-citaku yang satu ini...
Kita merancang, Allah merancang..dan perancangan Allah adalah yang terbaik..
Tangisanku waktu itu sudah tiada gunanya. Sudah 2 minggu ku berada di MRSM Kuala Berang. Perjalanan perlu diteruskan, walaupun tidak mengikut kehendak hati..itulah takdir Ilahi..

"Na nak ikut abang Syed sambung belajar di Yaman?" Soalan itu membuatku berfikir panjang.. Memang itulah cita-citaku, mencari bekal di dunia sebelum menuju ke akhirat. Hidup tidak lama, rugilah kalau belajar ilmu tapi tidak dapat memberi manfaat kepada kita..
Tapi, adakah ilmu Farmasi itu tidak memberi manfaat? Sedangkan ia merupakan fardhu kifayah..for the survival of the ummah..kalau tiada orang Islam dalam bidang ni, macam mana nak pastikan ubat itu dibuat dari bahan yang halal..

Teringatku pada kata-kata Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi:

“Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang belia dan pemuda yang dahulunya pernah mengambil kursus di bidang perbuatan, kejuruteraan, pertanian, sastera ataupun bidang-bidang falsafah dan sains di beberapa universiti, dan mereka – selama mengikuti pelajaran – tergolong di dalam kelompok mahasiswa yang baik dan bagus nilai pelajarannya. Namun, tiba-tiba sahaja mereka semuanya meninggalkan bangku kuliyyah dan pelajaran tersebut – tanpa rasa penyesalan – dengan alasan bahawa mereka ingin terjun dan bergiat cergas di bidang dakwah dan tabligh. Walhal, bidang-bidang yang sedang mereka terokai dan pelajari adalah merupakan bidang-bidang yang sangat penting dan termasuk ke dalam kategori fardhu kifayah yang sekaligus bermakna bahawa seluruh umat Islam akan menanggung dosa apabila tidak ada seorangpun yang menguasai bidang tersebut. Lagipun, melalui bidang pengkhususan yang mereka ceburi itu, mereka akan dapat melakukan ibadah dan jihad apabila bidang tersebut dipelajarinya bersungguh-sungguh dan tekun serta diiringi dengan niat yang ikhlas dan sentiasa mengharapkan ganjaran daripada Allah S.W.T."

Masih ada 2 minggu untukku siapkan diri sebelum ke main campus. Semoga inilah keputusan yang terbaik sebagai ibadah dan jihadku sekali gus mendapat ganjaran dari Allah SWT..

"Kamu adalah penjuru daripada penjuru-penjuru Islam, maka jangan biarkan Islam diserang dari penjuru kamu"

Hadith Nabi ini sepatutnya memberi kesedaran kepada kita. Walau apapun bidang yang kita ceburi, kita merupakan penjuru Islam. Tugas mempertahankan & memperjuangkan Islam adalah memjadi kewajipan kita semua..

Untuk berubah dari suasana yang baik kepada suasana yang lebih baik, mujahadah itu perlu. Aku masih berharap agar Allah memberikan kesempatan untukku belajar di bumi Yaman untuk masterku..InsyaAllah

من يرد الله به خيرا يفقه فى الدين

“Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah akan memahamkan Agama-Nya” (HR Bukhari dan Muslim)

~FOR YOU TO PONDER OVER~



Life is a book
written with a permanent ink
once written, it will be there....
forever

in the book,
you'll encounter characters
some of them
will be with you till
the last stop of the book

But....
some may not
they will be just some
some minor characters
one of them.....
.....is.....ME

I'll will be a history ......once U move
further and further.....
For what so ever reason.....
my 'doa' will be yours
throughout your journey

Good luck,
My Dear, sharifah
&homeroom F

Love,
~UMI~
MRSM Q-Ber Terengganu
November 2007

(Teacher Hazar)

TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Bismillahirrahmanirrahim....


Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh

Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami

ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat

yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda,


"Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta

taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba.

Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat

perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan

sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui

kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu

dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan,

kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."


(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


Keterangan:


Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah

saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan

kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini.

Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah

disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:


1) Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan

mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.


2) Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun

seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan

Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa Ar Rasyidin, kerana patuh

kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis

Nabi saw.


3) Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al

Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat

petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli

sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat

jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari

kiamat nanti.


4) Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang

ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan

contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang

baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya

dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitu bid'ah hasanah).


(rujukan dari 40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN)