Pesanan buat wanita mukminah..


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Alhamdullilah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan perkenanNya jualah ana dapat memetik mutiara kata dari ust Mustafa Ramadhan. InysaAllah, ianya sesuai dibaca oleh masyarakat umum terutamanya wanita-wanita Islam yang ikhlas serta ingin mendekat ajaran ALlah SWT dengan sebenar-benarnya.


Sesungguhnya untuk kembali menghayati Islam kita perlu kembali kepada proses awal Tarbiah (pendidikan) Islamiah yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W dibawah petunjuk Ilahi. Proses Tarbiah ini perlulah diikuti dalam pembentukan sebuah Ummah Islamiah (pegerakan Islam).

Asas untuk memperbaiki Ummah ialah dengan memperbaiki usrah (keluarga) dan permulaan untuk memperbaiki usrah ialah dengan memperbaiki wanita.


Wanita disebut (mahaguru 'alam), mahaguru yang mula-mula sekali berperanan untuk mendidik generasi kita (atau mana-mana generasi sekali pun). Wanita yang tangan kanannya menghayun buaian dan tangan kirinya bisa menggegarkan dunia. Sehingga ada pepatah mengatakan bahawa wanita itu sungguh mempengaruhi hidup manusia di mana seorang ibu itu memerlukan masa 20 tahun untuk mendidik anaknya tetapi seorang wanita jahat hanya memerlukan masa 20 saat untuk menjatuhkan seseorang.


Sebagai pendidik 'alam ini, setiap wanita Islam perlulah melalui proses Tarbiah Islamiah dan jika tidak terlaksana proses ini maka malanglah generasi Islam kerana mendapat didikan dari wanita-wanita yang tidak mempunyai persiapan Islam.


Oleh itu wanita perlu memahami peranan mereka kerana kesannya amatlah mendalam yang mana ia mampu memperbaiki masyarakat sekiranya dihalakan kesana. Oleh itu setiap daripada kita hendaklah memperbaiki diri dengan mendidik hati sanubari kita semoga mendapat asas untuk memperbaiki keluarga kita serta orang lain dengan Fikrah Islam.


Sebenarnya wanita ini sungguh mendapat tempat yang mulia, ia sentiasa dihormati dan disanjung tinggi oleh Islam. Pengurniaan taraf wanita ini adalah sungguh tercatit dalam Al Quran dan As Sunnah Rasulullah S.A.W.


Daripada Bilal Ibnu Kabbah R.A, katanya; Pada suatu hari aku menyaksikan Rasulullah SAW membuat empat garis di atas batu sambil berkata bahawa wanita yang paling mulia di syurga ialah; Khadijah bt. Khuwailid, Fatimah bt. Muhammad, Mariam bt. Imran dan 'Asiah isteri Firaun.


Inilah sebenarnya ibu kepada ibu-ibu dan juga kepada generasi yang lepas-lepas. Ibu-ibu yang sebenarnya yang mesti kita letakkan ke depan sebagai contoh tauladan dalam rangka kita untuk kembali kepada hakikat Islam. Sebaliknya jika kita lihat kepada masyarakat kita pada hari ini nescaya kita akan dapati mereka tidak mengambil saranan Allah S.W.T dan RasulNya, sebaliknya mengambil saranan hawa nafsu mereka dan juga daripada sumber-sumber lain. Di sinilah kita merasakan masyarakat kita perlu mendapat kesedaran dan mesti cepat-cepat kembali kepada Islam yang suci lagi mulia ini.


Sekian, wassalam.

(petikan dari al-mukminah as-solehah karya Ustaz Mustafa Ramadhan)

Prinsip-prinsip Dasar Tauhid, Fiqih, dan Aqidah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


[1] Jika seseorang bertanya kepadamu: “Siapa yang menciptakanmu?”

Katakanlah: Allah menciptakan aku dan segala sesuatu.
Dalilnya adalah firman Allah:


اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

“Allah menciptakan segala sesuatu” (Az-Zumar : 62)


[2] Jika seseorang bertanya kepadamu: “Siapa tuhanmu?”

Katakanlah: Allah adalah Tuhanku. Dia adalah Tuhan segala sesuatu. Dalilnya adalah firman Allah:


قُلْ أَغَيْرَ اللّهِ أَبْغِي رَبّاً وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ

“Katakanlah: "Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu” (Al-An’am : 164)


Dan Dia berfiman:

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,” ( Al-Fatihah : 2)


[3] Jika seseorang bertanya kepadamu: “Mengapa Allah menciptakanmu?”

Katakanlah: Allah menciptakan kita semua untuk beribadah kepada-Nya. Dalilnya adalah firman Allah:


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku।” (Adz-Dzariyat : 56)


[4] Jika seseorang bertanya kepadamu: “Apakah agamamu?”

Katakanlah: Agamaku adalah agama Islam। Dalilnya adalah firman Allah:


إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ

“Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” ( Al-Imran: 19)

Dan Allah berfirman:


هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ

“Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur'an) dan agama yang benar” ( At-Taubah : 33)


Dan Allah berfirman:


وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِيناً فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Al-Imran: 85)


[5] Jika seseorang bertanya kepadamu; “Siapakah Nabimu?”

Katakanlah: “Nabiku dan Nabi umat ini adalah Muhammad Rasulullah. Dalilnya adalah firman Allah:


مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ

“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu,
tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi.” (Al-Ahzab : 40)


[6] Jika seseorang bertanya kepadamu; “Apakah hal pertama yang diwajibkan kepada hamba Allah?”

Katakanlah: Belajar mengenai keEsaan Allah. Dalilnya adalah hadits Ibnu Abbas yang berkata: “Ketika Nabi SAW mengirim Mu’adz bin Jabal ke Yaman, beliau berkata kepadanya: “Engkau akan mendatangi orang-orang dari kaum Yahudi dan Nasrani. Maka hal pertama yang harus engkau dakwahkan kepada mereka adalah bahwa mereka hanya beribadah kepada Allah saja.” Mutafaq alaih dengan lafazh Bukhari।


[7] Jika seseorang berkata kepadamu: “Apa arti Laa ilaaha illa Allah?”

Katakanlah: Artinya bahwa tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah। Dalilnya adalah firman Allah:


فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

“Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah।” ( Muhammad : 19)


Dan Allah berfirman:

ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ

“(Kuasa Allah) yang demikian itu, adalah karena sesungguhnya Allah, Dialah (Tuhan) Yang Hak।” ( Al-Hajj : 62)




Rujukan: Al Mabaadi Al-Mufidah fit-Tauhidi wal-Fiqih wal-Aqidah
Syaikh Shalih bin Fausan Al-Fauzan