~KHAS UNTUK ADIKKU~


A001


Adikku sayang, Zainab Al-Ghazali....

Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan seorang adik yang sangat cantik kepada akak. Apatah lagi adik mempunyai nama yang sangat indah, mampu meniupkan roh jihad kedalam diri akak. Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili, seorang tokoh mujahidah yang mengasaskan Jama'at Muslimat (satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin)..seorang tokoh muslimah yang sangat hebat. Tidak hairanlah ayah adik sentiasa menitiskan air matanya jika berbicara tentang Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili..Kata ayah adik,
Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili merupakan wanita yang paling hebat yang pernah ayah adik jumpa. Mungkin juga ayah adik mahu adik menjadi seperti Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili...InsyaAllah..


Adikku sayang,

Akak sangat gembira dapat bertemu dengan adik walaupun hanya sekali dan dalam masa yang sangat singkat. Teringat akak pada kata-kata Imam Al-Ghazali "Ukhuwwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan dibibir tapi, terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya". InsyaAllah, akak akan sentiasa doakan adik..Akak juga berharap agar kita dapat berjumpa lagi selepas ini.

Adikku sayang,

"cite lah psl adek"..ingat tak kata-kata sapa ni? hehe..
Hmm..sebenarnya, akak pun tak tahu nak cerita pasal apa. Maklumlah, akak tak pandai sangat bercerita..mungkin akak boleh berkongsi sesuatu dengan adik. moga-moga ianya dapat memberi manfaat kepada adik dan juga akak...

Nasihat dari seorang kakak kepada adiknya..

Adikku sayang..

Sungguh pantas masa berlalu meninggalkan kita. Sekarang umur adik dah mencecah 13tahun. Sudah pun remaja.. Semoga adik akan terus membesar dan menjadi seorang muslimah sejati, menjadi bunga agama yang hidup subur di taman Islam..

Ketahuilah adikku,
Hidup kita bukan untuk bersuka ria sahaja tapi Allah menjadikan kita dengan tujuan dan matlamat yang besar supaya kita menghambakan diri kepadanya..

A056

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)

Sentiasalah kita ingat akan tujuan hidup kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, ianya tidak akan terlepas daripada tugas seorang hamba. Pasaklah dalam diri kita supaya apa yang kita lakukan adalah kerana Allah. Ibadah itu luas, pekerjaan apa sekalipun yang kita buat kalau kita niat kerana Allah, mengikut syariat, melakukan ibadat khas dan bermanfaat kepada diri kita, ianya merupakan ibadah kepada Allah..


Ketahuilah adikku,
Setiap perbuatan yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah kelak. Jagalah tingkah laku adik sebaik-baiknya..

A115

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-Mu'minuun 23:115)


Adikku, sedarlah..kita akan kembali kepada Allah selepas ini.. Kutiplah bekal sementara kita masih hidup ini..
Bawalah bekal kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa..


Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa(At-taubah:4)

Adikku sayang,
Akak rasa setakat ini dulu buat kali ini..InsyaAllah akak akan sambung lagi pada masa hadapan..Semoga adik sentiasa dirahmati oleh Allah..



sekian dari akak yang sentiasa merindui adiknya..

Wallahu'alam..





0 comments: