~SEMUANYA ILMU ALLAH~


Bismillah

"Nanti nak masuk pondok, boleh hafal quran.." semakin teguh ku sematkan cita-citaku yang satu ini...
Kita merancang, Allah merancang..dan perancangan Allah adalah yang terbaik..
Tangisanku waktu itu sudah tiada gunanya. Sudah 2 minggu ku berada di MRSM Kuala Berang. Perjalanan perlu diteruskan, walaupun tidak mengikut kehendak hati..itulah takdir Ilahi..

"Na nak ikut abang Syed sambung belajar di Yaman?" Soalan itu membuatku berfikir panjang.. Memang itulah cita-citaku, mencari bekal di dunia sebelum menuju ke akhirat. Hidup tidak lama, rugilah kalau belajar ilmu tapi tidak dapat memberi manfaat kepada kita..
Tapi, adakah ilmu Farmasi itu tidak memberi manfaat? Sedangkan ia merupakan fardhu kifayah..for the survival of the ummah..kalau tiada orang Islam dalam bidang ni, macam mana nak pastikan ubat itu dibuat dari bahan yang halal..

Teringatku pada kata-kata Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi:

“Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang belia dan pemuda yang dahulunya pernah mengambil kursus di bidang perbuatan, kejuruteraan, pertanian, sastera ataupun bidang-bidang falsafah dan sains di beberapa universiti, dan mereka – selama mengikuti pelajaran – tergolong di dalam kelompok mahasiswa yang baik dan bagus nilai pelajarannya. Namun, tiba-tiba sahaja mereka semuanya meninggalkan bangku kuliyyah dan pelajaran tersebut – tanpa rasa penyesalan – dengan alasan bahawa mereka ingin terjun dan bergiat cergas di bidang dakwah dan tabligh. Walhal, bidang-bidang yang sedang mereka terokai dan pelajari adalah merupakan bidang-bidang yang sangat penting dan termasuk ke dalam kategori fardhu kifayah yang sekaligus bermakna bahawa seluruh umat Islam akan menanggung dosa apabila tidak ada seorangpun yang menguasai bidang tersebut. Lagipun, melalui bidang pengkhususan yang mereka ceburi itu, mereka akan dapat melakukan ibadah dan jihad apabila bidang tersebut dipelajarinya bersungguh-sungguh dan tekun serta diiringi dengan niat yang ikhlas dan sentiasa mengharapkan ganjaran daripada Allah S.W.T."

Masih ada 2 minggu untukku siapkan diri sebelum ke main campus. Semoga inilah keputusan yang terbaik sebagai ibadah dan jihadku sekali gus mendapat ganjaran dari Allah SWT..

"Kamu adalah penjuru daripada penjuru-penjuru Islam, maka jangan biarkan Islam diserang dari penjuru kamu"

Hadith Nabi ini sepatutnya memberi kesedaran kepada kita. Walau apapun bidang yang kita ceburi, kita merupakan penjuru Islam. Tugas mempertahankan & memperjuangkan Islam adalah memjadi kewajipan kita semua..

Untuk berubah dari suasana yang baik kepada suasana yang lebih baik, mujahadah itu perlu. Aku masih berharap agar Allah memberikan kesempatan untukku belajar di bumi Yaman untuk masterku..InsyaAllah

من يرد الله به خيرا يفقه فى الدين

“Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah akan memahamkan Agama-Nya” (HR Bukhari dan Muslim)

3 comments:

wardatul asrar | June 21, 2010 at 10:50 AM

we are in the same shoes, yana.. waktu masuk mrsm tu.. tp alhamdulillah, ni yg terbaek mmg terbaik pn.. kt mana2 pn boleh knal agama kalau kte nak,kan ^^

me | June 21, 2010 at 12:49 PM
This comment has been removed by a blog administrator.
me | June 21, 2010 at 12:51 PM

betul tu jibah..kita minta apa yg baik utk kita, tp Allah bagi apa yg TERBAIK utk kita..