Mahasiswa Islam bersedia menghadapi cabaran!!


Bismillah


 "Aku berwasiat kepada kamu untuk memelihara golongan syabab (pemuda) kerana sesungguhnya mereka mempunyai hati yang lembut (mudah menerima seruan Islam). Tatkala aku dibangkitkan oleh Allah S.W.T dengan Islam, maka golongan syabab menolong aku, sedangkan golongan syuyukh (tua) menentang aku." -hadith

1) Apakah yang dimaksudkan dengan mahasiswa islam? 

~generasi muda yang menuntut di menara gading yang beridentitikan "insan agama, insan akademik, insan sosial dan insan mandiri (berdikari) "

~mempunyai pegangan agama yang baik, bersosial (terlibat dengan masyarak-turut merasai jerih perih masyarakat)

~mempunyai banyak peranan


# Golongan mahasiswa merupakan penggerak komunis di China yang menggulingkan Maharajanya. Ia masih bertahan sehingga sekarang walaupun Soviet Union telah pun runtuh.


2) Peranan dan tanggungjawab mahasiswa Islam.
  
 a) Menjadi generasi pewaris : Iaitu generasi yang meneruskan nilai-nilai murni yang ada pada sesuatu kaum sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 21 surah at-Thur.
"Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya"

b) Menjadi generasi pengganti : Iaitu generasi yang menggantikan kaum yang telah rosak dengan nilai yang lebih baik seperti mencintai Allah, lemah lembut kepada orang Islam, tegas terhadap orang bukan Islam dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 54 surah al-Maidah.
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya "

c) Menjadi generasi perubah : Iaitu generasi yang memperbaiki dan memperbaharui kecacatan yang ada pada sesuatu kaum sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 42 surah Maryam
"Ketika ia berkata kepada bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?"

3) Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa Islam?

~ Ilmu (intelektual) - banyakkan membaca
~Idealisme (hamasah) - semangat pemuda perlu dikawal
"Dua perkara yang perlu ada pada mahsiswa islam iaitu semangat pemuda dan pengalaman orang tua"

a) Cabaran dalaman iaitu cabaran IMAN

"Orang yang alim itu perlu mendepani masyarakat yang rosak"

b) Cabaran luaran iaitu 4S

~Shock (culture)
~Shock (language)
~Syok sendiri
~Skill

4) Persiapan & bekalan untuk menghadapi cabaran..

a) Persiapan IMAN ~ yang mencorakkan cara hidup
                               ~ supaya hidup lebih terarah

Berkata seorang 'alim ulama:

"Aku meninggalkan 9/10 daripada benda yang halal kerana takut kepada dosa"

b) Persiapan ILMU

"Ilmu itu didapati dengan belajar dan kefaqihan itu dengan cara mendalaminya"

c) AMAL (Latihan)

~ Mahasiswa Islam tidak seharusnya menumpukan kepada kuliah, kafe dan kediaman (3K) sahaja. Sebaliknya, perlulah bergiat aktif dalam persatuan kerana latihan untuk meningkatkan kualiti diri tidak disediakan dimedan kuliah sahaja. Mahasiswa Islam perlu 'proactive' dan bukannya 'reactive'

d) Bersabar dalam mempelajari, beramal dan meyebarkan kepada orang lain.

~Ilmu, Latihan & Pengalaman~

5) Sekadar tambahan..

"Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, tentu engkau akan banyak menangis dan sedikit ketawa" al-hadith

"Seluruh ummatku akan dijanjikan dengan syurga kecuali orang yang tidak mahu" al-hadith

Siapakah orang yang mahu itu?
~Orang yang mengikut sunnah Nabi..
Siapakah orang yang tidak mahu itu?
~Orang yang menolak sunnah Nabi..

"Hidupkan sunnah nabi ketika orang lain melupakannya"
1 sunnah ~ diibaratkan seperti 10 orang mati syahid
                         ~100 orang mati syahid (dalam riwayat yang lain)

"Dirikan islam dalam diri kamu nescaya akan terdirinya islam di negara kamu"

~Thaqafah itu KUASA~

"Aku tidak akan melakukan suatu perkara pun melainkan aku sudah sediakan jawapan dihadapan Allah"

Renung-renungkanlah.. Wallahu'alam

Permata kata dari Ustaz Fatah, Ustaz Hafiz & Ustaz Syed Riduan..
(KIAS: Forum, 15/06/2010)

2 comments:

Anonymous | July 18, 2010 at 11:25 AM

Salam..Sama-sama laksanakan tugas kita sebagai mahasiswa Islam..(^_^)

valentianetakano | March 4, 2022 at 1:45 PM

Slots Casino in Maryland
Slots Casino. 상주 출장마사지 Enjoy the excitement of casino games from the comfort of your home with the 고양 출장마사지 thrill of online gaming. Play your favorite casino 통영 출장마사지 games and 익산 출장샵 earn rewards  Rating: 4.1 · ‎3,215 votes 삼척 출장마사지