Rintangan, tentangan , mehnah dan tribulasi sentiasa mendampingi para pejuang yang ingin menegakkan syiar Allah di atas muka bumi ini. Mereka dihamparkan dan disediakan dengan kesakitan, kepenatan, kelelahan, kecewaan dan kesusahan. Mahal harganya, berat tugasnya dan jauh perjalannya untuk bergelar jundullah (tentera Allah) di muka bumi ini. Tapi itu bukanlah alasannya untuk kita berpangku lengan. Beban tugasan dakwah menjadi kewajipan setiap orang. Sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat lagi, berbagai bentuk rintangan dan halangan telah dilalui. Contohnya:
~ujian yang pertama berbentuk cemuhan dan olok-olok dari musuh-musuh Allah yang tidak menginginkan berkembangnya syiar Islam..
Dan apabila mereka melihatmu (wahai Muhammad), mereka hanyalah menjadikanmu ejek-ejekan (sambil mereka berkata): "Inikah orangnya yang diutus oleh Allah sebagai RasulNya? (Al-Furqaan 25:41)
~selain itu, terdapat juga ujian dalam bentuk tuduhan yang palsu, bahkan apa yang dikatakan itu boleh merosakkan nama baik Islam dan pejuang Islam itu sendiri..
Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta. (Saad 38:4)
~tidak kurang juga ujian dipenjara, penganiayaan dan pembunuhan. Mereka diusir dari kampung halaman, menjadi orang buangan..
Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan agamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!" (Asy-Syu'araa' 26:116)
Firaun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan". (Asy-Syu'araa' 26:29)
Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa, dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya (meminta pertolongan)! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar agama kamu, atau ia menimbulkan kerosakan di muka bumi". (Ghaafir 40:26)
Walaupun terdapat berbagai ancaman yang terpaksa ditempuhi oleh Rasulullah dan para sahabat, mereka tetap yakin dengan janji dan pertolongan Allah..
Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (Al-Anfaal 8:30)
~seterusnya ujian yang sangat berat yang terpaksa ditempuhi berupa rujukan, suap, dan kekuasaan yang sentiasa menggoda nafsu duniawi manusia. Ramai yang memilih untuk hidup bersenang-lenang dengan meninggalkan perjuangan. Menjadi golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah.
Mengenai perjuangan Islam ini, Sayyid Quthub berkata: "Wahai saudara-saudaraku. Jalan dakwah itu dikelilingi oleh hal-hal yang tidak disukai, penuh dengan bahaya, dipenjara, dibunuh, diusir, dan dibuang. Barangsiapa ingin memegang suatu prinsip atau menyampaikan dakwah, maka hendaklah itu semua sudah ada dalam perhitungannya. Dan barangsiapa menginginkan dakwah tersebut hanyalah merupakan temasya yang menyenangkan, kata-kata yang baik, pesta yang besar dan khutbah yang terang dalam kalimat-kalimatnya, maka hendaklah dia menelaah kembali catatan kehidupan para rasul dan para da`i yang menjadi pengikut mereka, sejak dien ini datang pertama kalinya sampai sekarang ini”.
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
~Sahabatku..dulu, semalam dan hari ini kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari Allah SWT. Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan. Kau benar-benar kebingunan dan bertanya "apa yang harus ku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini?" Jawabku, "bukankah kau adalah da'i dan mujahid?" Katamu lagi "tapi langkahku terlalu lambat." Jawabku, "kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan dunia mu. Mengejar impian mu sehingga lupa akan hari kebangkitan. Pada hari itu, amalmu terbentang, tubuhmu terbuka..Adakah disana ada bekalmu?"
"Pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api, andai terus digenggam hancur luluh jiwanya. Namun, andai dilepaskan hancurlah dunia. Jangan takut untuk berjuang kerana orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian. Kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan..SYURGA IDAMAN.."
Hadis
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa
0 comments:
Post a Comment