JUMPA LAGI SAHABATKU..


A001

Kullu nafsin zaiqatul maut..
"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati"

'Innalillahiwainnailahiraji'un'

Fatima Zurwanti Zulkifly..

Tibalah saatnya kau meninggalkan kami menuju kehidupan yang hakiki..sekarang bermulalah kehidupanmu yang sebenarnya..

Sedih tidak terhingga saat ku mendengar khabar pemergianmu. Air mata ini tanda kasih sayangku padamu, semoga Allah pertemukan kita di jannahNya.. InsyaAllah..

nukilanku ini bukanlah ditujukan pada yang dah tiada tapi sebagai pengajaran kepada yang masih ada..

A002

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk 67:2)

"Hidup mulia atau mati syahid"

itulah slogan yang sering kita ucapkan..hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan..

Hidup seorang pejuang menuntut banyak pengorbanan. Bermula dengan mengorbankan masa, tenaga, harta dan seterusnya pengorbanan yang paling besar iaitu jiwa..

A111

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah 9:111)


Jasadmu telah pergi meninggalkan kami tapi pengajaran dan kenanganmu masih bersama kami, masih hidup subur dihati kami.

Sahabatku, engkaulah simbul ketegasan bagiku. Dalam mendidik, kita perlu tegas..itulah teladanmu buatku. Setiap kali kau bersikap tegas terhadap adik-adik, aku akan memanggilmu "akak bekeng"..kau akan bertambah tegas. Dan aku terus memanggilmu "akak bekeng"..dalam diam, kau akan tersenyum dan terusku memanggilmu "akak baik"..bertambah lebar senyumanmu..setelah itu, gelaran "akak baik" terus bersamamu sehingga kini..benar sahabatku, dalam mentarbiyyah,ketegasan itu perlu..

Sahabatku, engkau juga contoh wanita yang tabah dan cekal. Aku tahu engkau sibuk dengan tugas MRC, tugas dakwah dan tugas pembelajaran. Namun, kau masih lagi tersenyum dalam keletihan..bahagia dalam ujian..Engkau sedaya upaya tunjukkan kepada kami bahawa kita perlu kuat, tabah dan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan. Engkaulah sahabat pembakar semangatku..saat terpandang wajahmu, aku akan berkata "kuatlah diri seperti atim."

Sahabatku, tadi ku dapat mesej..abangmu mengucapkan terima kasih kerana tolong bimbing dirimu dan banyak menolongmu ..Atim dah banyak berubah lepas masuk UIA..ketahuilah, akulah yang patut mengucapkan terima kasih padamu..Kita sama-sama menjadi pelengkap antara satu sama lain..Aku juga dah banyak berubah lepas masuk UIA..Kita sama-sama berubah dalam mencari keredhaan Allah. Sekarang kau telah pun kembali kepada Allah dalam husnul khatimah..Akulah yang belum pasti..Ku berharap semoga Allah juga menjemputku dalam keadaan terbaik.


A169

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (A-li'Imraan 3:169)


Sahabatku..Semoga engkau terus hidup di sisi Allah dan juga di hati kami semua..Hanya sekalung doa yang mampu ku kirimkan buatmu, mujahidahku..Semoga kau bahagia disana..kami pasti menyusul kamu.. Berehatlah disana..

Sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu daripada dunia..

1 comments:

Anonymous | June 18, 2010 at 8:31 AM

pembetulan,bkn kulli nafsin..tp kullu nafsin..salah baris